Kau vs Aku
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 50.00
Share
PRE-ORDER 25 JAN - 8 FEB
Proses kilang mengambil masa 3 minggu
- Soft Cover, Matte Finishing
- Special Chapter & Bookmark Included
- Genre: Teenfiction, Enemy to lover tropes.
- 116+k words
- Author Digital Signature
Sinopsis
Pergaduhan seperti tiada pengakhiran. Kebencian yang tidak akan terpadam. Istilah‘jatuh hati’ pula tak akan pernah ada dalam kamus hidup mereka berdua. Percaya atau tidak, pergaduhan mereka hanyalah disebabkan perkara yang sangat remeh!
Semua tercetus sejak Aulia Zulaikha meninggalkan komen yang tak sedap didengar di sebuah akaun Instagram milik seorang instafamous, Danish Aryan. Lagi bertambah panas apabila Danish Aryan berpindah sekolah dan berjumpa dengan Aulia Zulaikha di situ. Maka berlaku perang mulut tanpa henti... Tak kira masa dan keadaan hatta di depan guru sekali pun.
“Yang menjadi persoalan kat sini kenapa kau kutuk aku? Apa yang kau tak puas hati sangat dengan muka aku? Handsome sangat ke sampai dengki?”
“Inilah masalahnya. Perasan handsome padahal biasa aje. Poyo. Alergik aku
dibuatnya sampai tak ada ubat!”
“Ohh kau memang nak perang dengan akulah ni? Memang tak ada kesedaran nak minta maaf? Okay fine. Aku akan buat kau menyesal.”
“Kau ingat aku takut?”
“Fine! Kau versus aku eh minah senget.”
Sampai pergaduhan itu menjadi rutin dan kebiasaan. Tapi kebiasaan itulah yang menjadikan mereka rapat tanpa sedar. Hati juga disentuh oleh satu perasaan perasaan aneh. Kata orang, jangan terlalu membenci. Kerana nanti kau akan kalah dengan cinta.
Adakah itu yang akan terjadi antara Danish Aryan dan Aulia Zulaikha?